Monday, 5 October 2015

Pasang Suis Pemanas AIr/ Water Heater


wEll guys How aRe yoU?

hehe...

ak rse ramai kat luar sana yg ade perangai cam ak..

suka mencuba perkara baharu yg positif je...

hehe..

ok, tanpa lengahkan masa kali ni ak nak kongsi cara pasang 

SUIS WATER HEATER / PEMANAS AIR

bukan senang nak senang, bukan susah nak susah

ok bawah ni suis yg biasa org guna sbgai suis pemanas air/ water heater


Perkara yg korang perlu tahu dan ade sbelum wat diy ni.
Perlu Tahu
1. arus elektrik sgt BAHAYA
2. pengetahuan tentang alatan tangan, wayar elektrik, dan suis pada DB (distribution box)
3. berani mencuba dan sentiasa membuat kajian sebelum melaksanakan projek


Perlu Ade
1. test pen (sebaiknya berjenama spt philips)
2. pemutar skru (mata rata & mata philip)
3. pelucut wayar
4. playar gabung
5. pemotong wayar

PERTAMA

kenal pasti suis mcb tuk pemanas air. Anda boleh tgk pada DB (distribution box)



cam ak nyr C20...pastikan tertutup OFF sebelum mula bekerja...
kite tak nak ade arus elektrik masa bekerja..
kalau tak sure yang mana satu just tutup suis utama DB..OFF terus..

KEMUDIAN

tgk la tempat nak wat projek tuh...pssst..lupe plak pasang la box suis dlu ye..
hehe..



NEXT

tuk suis air cond & water heater, tukang yg pasang wayar letrik akan sediakan 4 wayar
2 wayar merah (live)
2 wayar hitam (neutral)
kdg2 tukang akan guna wayar berlainan warna...jd pastikan anada tahu cara mencari wayar live..

sebenarnya ade satu wayar merah yg disambungkan ke DB dan wayar merah satu lg disambungkan kepada soket 13amp dalam bilik air. 

tandakan wayar live yg disambungkan ke DB

guna TEST PEN dan PERIKSA ARUS PADA WAYAR....

UNTUK KESELAMATAN SENTIASA PERIKSA WAYAR...



LEPAS TU

guna pelucut wayar , pemotong wayar, playar gabung
kerat wayar sebaik mungkin...lucutkan wayar sebaik mungkin...pulas wayar tembaga supaya tidak berselerak...
(hehe...maaf tak reti nak ckp camne)


pasang pada suis pemanas air..



pastikan wayar hidup (yg sambung dgn DB dipasang cam gambar atas..
tgk pada ibu jari yg menunjuk ke wayar biru yg berbalut dgn penebat.
wayar live DB sambung ngn pd lubang di bwh bukan sebelah atau pada lubang yg berwayar biru penebat tu..

(panjang nyr explanation...keh22)

NEXT

\

wayar neutral DB disambung di sebelah wayar live DB..

manakala wayar live soket / unit air cond di pasang bersama wayar biru berpenebat..

jgn lupa wayar neutral yg satu lagi.

skru dengan berhati2 dan cermat...


skru suis pada kotak suis...

bukak ON distribution box

DAN......


TADAAAA.........ade lampu tuh maksudnyr jd dah la...

BIAR ADE ILMU DULU SEBELUM MENCUBA....BACA DAN BERTANYA..

ELEKTRIK SGT BERBAHAYA...

PS: kalau tak nak dan nak senang...upah je org tuk buat..kerja siap jgk tp duit melayang sikit ah...
hehe..
takde bende free dlm dunia nih..
tp ilmu nih free dan kongsi2 la sesama kite...

pastikan ade pakar tuk dirujuk...cam sy ade byk pakar jd okay la nak try...cikgu ramai...

weiiiiii.....

sebelum berakhir kalau ade salah silap....harap maaf...sy belajar sikit2 sendiri dan rujuk tok guru sy kalau tak paham..jd mungkin akan ade yg bercanggah ngn ilmu yg belajar dalam kursus...
bleh je tegur2 sy...

SELAMAT MENCUBA

~ezydiy4u~